
Institut Kemahiran MARA (IKM) diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Kampus IKM Sungai Petani siap dibina pada tahun 1972. Pada tahun 1973, institut ini telah mengambil pelatih peringkat pertama seramai 182 orang. Antara kursus-kursus yang ditawarkan pada ketika itu ialah Kursus Binaan Bangunan, Pertukangan Kayu Tangan, Pertukangan Perabut, Kerja Paip serta Lukisan Senibina dan Rangka Bina.


















